logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

LUMUT, 21 Mei 2022 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Laut Lumut telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran kejohanan pertandingan badminton Piala Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bagi tahun 2022 bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan, Pangkalan TLDM Lumut, hari ini. Kejohanan yang julung kali diadakan ini telah dirasmikan oleh YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM sebelum pertandingan dimulakan melibatkan empat pasukan BAKAT iaitu BAKAT Darat, BAKAT Laut, BAKAT Udara & BAKAT Gabungan.


Secara keseluruhan, tempat keempat telah disandang oleh BAKAT Gabungan manakala tempat ketiga disandang oleh BAKAT Udara. Naib Johan pula disandang oleh BAKAT Darat dan BAKAT Laut telah dinobatkan sebagai pemenang bagi kejohanan badminton pada kali ini.
Penganjuran aktiviti sukan seumpama ini sesungguhnya adalah bertepatan dengan prinsip dan matlamat BAKAT secara umumnya iaitu meningkatkan silaturahim dikalangan semua ahlinya demi mewujudkan suasana harmonis yang mampu memberikan kesejahteraan kepada setiap ahli keluarganya. Secara tidak langsung ianya juga dapat memberi perangsang kepada semua warganya akan semangat setia kawan dan berpasukan. Turut serta mengiringi Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dalam kejohanan ini adalah Pengerusi-pengerusi BAKAT Darat, Laut, Udara & Gabungan.


Syabas diucapkan kepada para pemenang dan penganjur kejohanan!

Lihat Galeri Gambar