logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PROFIL SARJAN MEJAR REJIMEN ISTIADAT

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

smristiadat

822442 PW I PAP (GI) SAIFUL HISHAM BIN ABD AZIS

BAT PPA PPS

Beliau dilahirkan pada 6 Jan 1978 di Bukit Baru, Melaka. Mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Baru dan Sekolah Menengah Tinggi St David, Melaka. Beliau mula menyertai perkhidmatan pada 14 Ogos 1996 di Pusat Latihan Rekrut Berek TLDM Woodlands Singapura. Setelah tamat latihan rekrut beliau telah diserapkan ke Cawangan Pelaut. Mempunyai Kepakaran Peperangan Atas Permukaan (PAP) dan menjalani latihan kepakaran Laskar Kelas II di KD Pelandok serta menjalani latihan sambil kerja (LSK) dikapal KD Yu selama 6 bulan. Selesai tamat LSK beliau kembali ke KD Pelandok untuk menjalani latihan Laskar Kelas I selama 6 bulan. Tamat latihan kapal KD Serampang yang merupakan unit pertama dan diperjawatkan sebagai Ketua Meriam 40/70 MM Bofors.

Beliau juga telah menjalani beberapa kursus kerjaya dan kepakaran yang telah di anjurkan oleh TLDM dan agensi awam di antaranya kursus Laskar Kelas II, Laskar Kelas I, Laskar Kanan PPP(Q), Bintara Muda PPP(Q), Jurulatih Persenjataan(GI Q), Kepimpinan TLDM, Pembangunan dan Penilaian Silibus Latihan, Keselamatan Fizikal, Pengendalian Bot CB 90 dan Bot Tempur, Pengendalian Acara Protokol dan Istiadat serta Kursus Integriti.

Sepanjang perkhidmatan beliau pernah bertugas di beberapa buah Kapal dan Pangkalan diantaranya KD Yu, KD Serampang, KD Laksamana Tun Abdul Jamil, RMN Stesen Terumbu Peninjau(PAPA), Bot Tunda Satu, KD Malaya, KDSI Pertama, Depot Peluru Dan Letupan TLDM, SKTLDM Parit, 96 HAT Lumut, Markas Logistik Barat dan terakhir di Markas Tentera Laut. Di dalam tempoh perkhidmatan beliau telah menunjukkan prestasi kerja yang baik, dipercayai oleh pihak atasan serta dapat melaksanakan segala tugasan yang diberikan dengan cemerlang. Atas sokongan pihak atasan dan hasil usaha yang tinggi beliau telah diamanahkan untuk menjawat jawatan sebagai Sarjan Mejar Rejimen Istiadat Angkatan Tentera Malaysia yang pertama mulai 27 Sep 2019. Beliau telah mendirikan rumahtangga bersama Puan Julainiakmar bte Aumran dan telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.