logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2022 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyertai Pertandingan Menembak Pistol Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dianjurkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia bertempat di Lapang Sasar Tertutup 25 Meter Tentera Darat, Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Perdana Sungai Besi.


Acara telah dimulakan dengan penyampaian Taklimat Keselamatan dan Pertandingan daripada Pegawai Pengendali Pertandingan, Leftenan Kolonel Mohd Syafik bin Saadun TUDM. Pertandingan menembak ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menembak pistol disamping memupuk semangat berpasukan dan setia kawan dalam kalangan para penembak. Pertandingan menembak ini dimulakan dengan acara Pelarasan dan diteruskan dengan acara Centre Fire Target Berpasukan serta acara Rapid Fire. Acara Menembak Jatuh Piring telah menjadi acara penutup bagi pertandingan pada petang ini.


Di akhir acara, turut diadakan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai pertandingan tersebut. Turut serta dalam latihan berkenaan adalah Panglima Tentera Darat, Panglima Tentera Laut, Panglima Tentera Udara dan Pegawai Kanan ATM yang lain.

Lihat Galeri Gambar