logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PUTRAJAYA, 21 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Hussein untuk hadir menyempurnakan acara perbarisan Veteran sempena Sambutan 100 Tahun Persatuan Veteran ATM (PVATM) di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya, hari ini.


Acara yang penuh detik gemilang ini menyaksikan penglibatan seramai 850 ahlinya yang menjayakan acara perbarisan ini.
100 tahun penubuhan PV ATM membuktikan bahawa persatuan ini berada di tahap cemerlang dan di kelas tersendiri bukan sahaja dalam negara bahkan di peringkat antarabangsa.


Membawa moto "MARUAH DAN PENGORBANAN", sesungguhnya jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh setiap warga veteran ATM ini semasa berkhidmat dahulu akan terus diperkasakan dengan semangat juang yang tinggi meskipun telah bergelar veteran.
Kehadiran pemimpin tertinggi MINDEF & ATM dalam acara ini mengesahkan lagi komitmen tinggi dan sokongan tidak berbelah bahagi pucuk pimpinan tertinggi terhadap wira dan wirawati tanah air yang banyak menabur jasa dan bakti yang akan sentiasa dikenang dan dihargai selamanya. Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Pegawai-pegawai Kanan ATM & MINDEF serta jemputan kenamaan yang lain.

Lihat Galeri Gambar