logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 25 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi memulakan lawatan rasminya ke Malaysia dengan Kunjungan Hormat beliau kepada Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM di Wisma Pertahananan hari ini. Ketibaan beliau di sambut oleh Jeneral Tan Sri Affendi serta Panglima-Panglima Perkhidmatan dan seterusnya diberikan penghormatan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) seramai 3 pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat di ketuai Mej Mohd Noornazmin bin Abd Rahim.


Sesuai memeriksa perbarisan, beliau telah diperkenalkan dengan Pegawai-pegawai Kanan ATM sebelum di bawa ke Ruang Perkasa bagi sesi kunjungan hormat rasmi berkenaan. Lawatan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand ini bersama delegasi merupakan lawatan rasmi pertama beliau sejak mengambil alih jawatan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand pada 1 Oktober 2020.
Lawatan Rasmi dari kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thailand ini juga merupakan pertama bagi Angkatan Tentera Malaysia sejak negara melalui fasa Endemik bermula 1 April yang lalu.


Sesunguhnya lawatan rasmi ini juga menyokong Teras Ke-4 dalam Perintah Ulung Jeneral Tan Sri Affendi sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-21 dalam Menterjemahkan Kertas Putih Pertahanan melalui pemerkasaan hubungan pertahanan antarabangsa.

Lihat Galeri Gambar