logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

LUMUT, 22 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM mengiringi Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein bagi menyaksikan perlaksanaan Eksesais TAMING SARI Siri 21 tahun 2022 yang juga merupakan eksesais penembakan misil yang dikendalikan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia . Selain itu, ia juga adalah merupakan kemuncak kepada Operational Sea Training Exercise West (OSTEX WEST) 1/22 yang telah dilaksanakan mulai 16 hingga 20 Mei 2022 melibatkan aset-aset Armada milik TLDM.


Secara keseluruhannya, Eksesais TAMING SARI ini telah melibatkan 1,250 warga TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Manakala daripada sudut aset, ia telah melibatkan 10 buah kapal, 5 buah Fast Combat Boat (FCB), 3 pesawat TLDM, 3 pesawat TUDM dan 2 pesawat APMM. Dalam penembakan hari ini, misil EXOCET MM40 telah dilancarkan dari KD LEKIR di perairan Selat Melaka Utara dan tepat mengenai sasaran yang ditetapkan.


Kejayaan penembakan misil ini sekaligus membuktikan keupayaan dan kepakaran warga TLDM khususnya dalam mengendalikan aset
pertahanan negara yang berperanan dalam memastikan perairan negara kekal selamat dan berdaulat.
Turut sama menyaksikan eksesais ini adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Panglima Tentera Laut dan Panglima Tentera Udara.

Lihat Galeri Gambar