logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PROFIL PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

                                                   PAT TAN SRI DATUK SERI MOHAMMAD BIN AB RAHMAN

JENERAL TAN SRI DATO' SERI MOHAMMAD BIN AB RAHMAN 
PGAT PSM PJN SPMS SPKK SPTS PSAT DSPK SMW DPKK (Kelantan) PAT KAT KMN PJM PNBB (Congo) dssc mpat psc MSc Soc Def and Strat Studies (UKM) MDef Studies (UC) BSc Comp Sc (UNCC)  

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman dilahirkan di Machang, Kelantan pada 15 Mac 1964. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains, Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran di Cawangan Putera, Maktab Tentera Diraja pada tahun 1980. Setelah menamatkan latihan daripada Maktab Tentera Diraja pada bulan Disember 1981, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sains Komputer di University of North Carolina at Charlotte, Amerika Syarikat. Beliau telah ditauliahkan sebagai seorang Pegawai Infantri di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja pada 1 Julai 1987.

Di sepanjang perkhidmatan, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad telah menghadiri pelbagai kursus di dalam dan juga di luar negara. Antaranya adalah Kursus Staf dan Taktik Gred 2 di Waiouru, New Zealand, Army Command and Staff College di Queenscliff, Australia, Law of Armed Conflict di Sydney, Australia dan Defence and Strategic Studies Course di Canberra, Australia. Beliau juga merupakan graduan daripada Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia, Kuala Lumpur. Selain itu, beliau juga merupakan lulusan Sarjana Pengajian Pertahanan dari University of Canberra, Australia dan Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad telah diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan pemerintah dan staf sepanjang perkhidmatan beliau di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Jawatan staf utama yang pernah disandang oleh beliau adalah Pembantu Ketenteraan kepada Panglima Tentera Darat, Pegawai Staf di dalam Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Republik Demokratik Congo (MONUC), Pemangku Pengarah Operasi Domestik di Markas Angkatan Bersama, Ketua Staf Markas 3 Briged Infantri, Ketua Staf Markas 3 Divisyen Infantri, Pengarah Kanan di Malaysian Institute of Defence and Security (MiDAS) dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan di Markas Tentera Darat.

Beliau juga berpengalaman memegang pelbagai jawatan penting selaku pemerintah bermula dengan pemerintahan di peringkat Batalion hingga ke pemerintahan peringkat Medan di dalam Tentera Darat. Beliau merupakan Pegawai Memerintah Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Panglima Briged Kedua Infantri, Panglima Divisyen Ketiga Infantri dan Panglima Latihan Tentera Darat sebelum memegang jawatan sebagai Panglima Medan Barat Tentera Darat pada bulan Jun 2020.

Pada 19 Disember 2020, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad telah dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Darat Ke-25 dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Darat pada 22 Mac 2023. Hasil kecemerlangan serta dedikasinya kepada perkhidmatan, Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22 pada 6 September 2023.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki. Beliau gemar bermain golf dan menghabiskan masa terluang dengan membaca.