logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PANDUAN SOALAN LAZIM PERKHIDMATAN

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Bolehkah Saya Tahu?

Berapa lama ATM membuat siasatan?

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil…

Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh. Bagi kes-kes yang rumit yang melibatkan beberapa agensi, ia mungkin mengambil masa untuk menyiasat. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Apa berlaku kepada aduan saya?

ATM akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda.…

ATM akan menghantar Surat Akuan Terima kepada anda dengan segera. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Dalam kebanyakan kes, kami akan salurkan kepada agensi berkenaan atau pegawai yang terlibat dan meminta penjelasan. Kami akan menulis kepada mereka untuk mendapatkan maklum balas dan maklumat yang perlu. Kebanyakan aduan akan diselesaikan di peringkat ini. Sekiranya aduan membangkitkan isu yang serius dan kompleks, atau kami tidak puas hati dengan tindak balas awal agensi, kami mungkin akan membuat siasatan lanjut. Sekiranya kami tidak dapat menerima aduan anda atas sebab-sebab tertentu, kami akan menjelaskannya kepada anda. Anda akan diberitahu perkembangan siasatan.

Sekiranya kami mendapati aduan anda mempunyai asas, keputusannya akan dilaporkan kepada anda dan agensi berkaitan. ATM mungkin akan mencadangkan supaya agensi menimbang semula atau mengubah tindakan atau keputusan; supaya undang-undang, peraturan atau prosedur dipinda; dan/atau agensi perlu mengambil tindakan lain yang sesuai dengan keadaan.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada ATM?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan ATM menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami mewajibkan pengadu…

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan ATM menilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami mewajibkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi, nombor telefon dan email untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Anda boleh memilih sama ada ingin merahsiakan butir-butir peribadi ataupun sebaliknya dalam sistem.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Bagaimana cara membuat aduan?

ATM telah menyediakan saluran aduan melalui SISPAA ATM.

ATM telah menyediakan saluran aduan melalui SISPAA ATM.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Adakah semua aduan boleh dirujuk kepada ATM?

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh diadukan kepada ATM. Antaranya yang melibatkan perkara berikut: Jawatankuasa Kira-kira Awam. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Terdapat beberapa perkara yang tidak boleh diadukan kepada ATM. Antaranya yang melibatkan perkara berikut:

  1. Jawatankuasa Kira-kira Awam.
  2. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
  3. Jabatan Bantuan Guaman.
  4. Perkara berkenaan Dasar Kerajaan yang ditetapkan.
  5. Masalah Keluarga/Peribadi.
  6. Tuntutan Berbentuk sivil antara syarikat/individu.
Posted 2 years agoby Pentadbir

Apakah jenis aduan yang boleh diterima oleh Angkatan Tentera Malaysia?

Jenis aduan yang diterima oleh ATM adalah seperti berikut: Aduan/Maklum Balas. Penghargaan.

Jenis aduan yang diterima oleh ATM adalah seperti berikut:

  1. Aduan/Maklum Balas.
  2. Penghargaan.
Posted 2 years agoby Pentadbir

Bolehkah saya mengemukakan aduan tanpa memberi nama?

Tidak boleh. Kami hanya akan melakukan siasatan sekiranya maklumat mencukupi dalam aduan.

Tidak boleh. Kami hanya akan melakukan siasatan sekiranya maklumat mencukupi dalam aduan.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama,…

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, alamat untuk dihubungi, nombor telefon dan juga email bagi maklum balas aduan.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Tiada bayaran dikenakan.

Posted 2 years agoby Pentadbir

Apa yang boleh saya adu kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?

ATM boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan masalah disiplin, masalah logistik, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, sumber manusia dan kelemahan tadbir urus di…

ATM boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan masalah disiplin, masalah logistik, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, sumber manusia dan kelemahan tadbir urus di peringkat ATM sahaja.

Posted 2 years agoby Pentadbir