logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KERJAYA PEGAWAI & ASKAR LASKAR ATM

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KERJAYA ASKAR LASKAR (LAIN-LAIN PANGKAT)

Perkhidmatan Askar Laskar dalam Angkatan Tentera Malaysia

Seseorang askar laskar akan didaftarkan selama 12 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun berturut-turut sehingga 21 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Setelah 21 tahun berkhidmat, anggota tersebut layak menerima pencen. Seorang askar laskar akan meneruskan perkhidmatan di dalam bidang-bidang kemahiran tertentu berdasarkan tred yang telah ditentukan di dalam ketiga-tiga perkhidmatan.

Peluang Dalam Perkhidmatan

Peluang terbuka luas bagi seorang askar laskar untuk meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus tred sehingga peringkat tertinggi yang dibayar melalui sistem 'pay band'. Dari segi pangkat pula, seorang askar laskar berpeluang untuk diberikan pangkat sepanjang perkhidmatan berdasarkan prestasi dan kecemerlangan kursus-kursus kerjaya.

  Bil    Tentera Darat    Tentera Laut    Tentera Udara 
1.  Pegawai Waran 1   Pegawai Waran 1  Pegawai Waran 1
2.  Pegawai Waran 2  Pegawai Waran 2   Pengawai Waran 2 
3.  Staf Sarjan  Bintara Kanan  Flait Sarjan
4.  Sarjan  Bintara Muda  Sarjan Udara
5.  Koperal  Laskar Kanan  Koperal Udara
6.  Lans Koperal  Laskar Kelas I  Laskar Udaran Kanan 
7.    Laskar Kelas II  Laskar Kelas 1
8.      Laskar Kelas II
9.  Prebet  Laskar Muda  Laskar Udara
10.  Perajurit Muda  Perajurit Muda  Perajurit Muda


Skim Gaji - Bagi skim gaji askar laskar ATM menggunakan pakai kelayakan kemasukan pelbagai seperti berikut:

  • SPM - Mencapai kredit bagi matapelajaran Bahasa Melayu/Malaysia, serta lulus Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Gaji permulaan di band 1 adalah setelah lulus Kursus Asas Perajurit Muda selama 6 bulan iaitu RM 1,136.83 manakala gaji maksimum RM 5,474.76.

Peluang dan Kemudahan Anggota Angkatan Tentera Malaysia

  • Peluang melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.
  • Perkhidmatan kesihatan dan pergigian percuma di setiap kem/pengkalan.
  • Berek bujang dan rumah keluarga disediakan.
  • Cuti tahun mengikut pangkat.
  • Rebat keretapi dan kapal terbang.
  • Bantuan pendidikan.
  • Bayaran elaun dan insentif sebagai seorang pegawai tentera.
  • Berpeluang untuk ditauliahkan sebagai seorang pegawai tentera.