logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2023 – Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) telah menganjurkan majlis khusus bagi meraikan 20 orang bakal jemaah haji yang terdiri dari kalangan ahli BAKAT yang akan menunaikan ibadah Haji di Mekah bagi Tahun 2023/1444H, hari ini. Majlis yang disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah dimulakan dengan bacaan wirid dan doa selamat yang dipimpin oleh Leftenan Kolonel Norhayati binti Mohd Yusoff, Pegawai Staf 2 Agama MK TD sebelum perkongsian ilmiah menerusi ceramah ringkas bertajuk 'Bagaimana Memperoleh Haji Mabrur' disampaikan oleh Leftenan Kolonel Mohd Syukri bin Haji Yahya, Pegawai Agama ALK UPNM.

Turut hadir ke majlis ini, Datin Seri Ramlah binti Dawi, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Dr Norinah binti Mustapha, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Laut dan Datin Seri Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor yang mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara serta barisan ahli-ahli BAKAT ATM yang lain.

Seluruh warga ATM mendoakan agar bakal-bakal jemaah haji BAKAT ATM dipermudahkan segala urusan disepanjang menunaikan ibadah haji serta memperoleh haji yang mabrur hendak-Nya.

Lihat Galeri Gambar