logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menyertai YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Pertahanan Malaysia bagi menyambut ketibaan TYT Shri Rajnath Singh, Menteri Pertahanan India bertempat di Wisma Pertahanan hari ini.
Sejurus ketibaan, TYT Shri Rajnath Singh kemudiannya telah diberi penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 3 orang pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Lawatan rasmi beliau kemudiannya diteruskan dengan sesi kunjungan hormat ke atas YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan bagi membincangkan beberapa agenda penting melibatkan usaha sama dalam aspek ketenteraan khasnya melibatkan kedua-dua negara ini. Usai kunjungan hormat tersebut, agenda lawatan rasmi beliau diteruskan dengan sesi menandatangani surat pertukaran antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India dalam satu Memorandum Persefahaman menerusi kerjasama pertahanan yang disaksikan oleh Menteri Pertahanan kedua-dua buah negara. Ini merupakan satu pertemuan yang amat bermakna antara Malaysia dan India khasnya dalam usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala yang sedia terjalin.

 

Lihat Galeri Gambar