logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 17 Julai 2023 – Yang Amat Mulia Tengku Puteri Sri Teja Puan Sri Datuk Hajjah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah menerima kunjungan hormat oleh Pasangan Penasihat Pertahanan dan Penolong Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Malaysia Bersama di negara luar. Antaranya ialah, Kolonel Razali bin Kosnan dan Puan Che Norli binti Zakaria (Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Kaherah, Mesir), Kolonel Nazlee bin Abdul Rahim dan Puan Zaida binti Bakar (Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Phnom Penh, Kemboja), Kolonel Din Izuan bin Mahar Afandi dan Puan Shaidatolasiah binti Ab Wahab (Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Riyadh, Arab Saudi), Mejar Adnan bin Rosli TUDM dan Puan Siti Nurjannah binti Norizan (Penolong Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Kaherah, Mesir).

Dalam pertemuan tersebut, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM telah menyampaikan amanat berkenaan protokol dan nasihat kepada Penasihat Pertahanan dan Penolong Penasihat Pertahanan MALAWAKIL Malaysia Bersama Pasangan berkenaan yang akan membawa nama ATM seterusnya BAKAT di dalam menjalankan tugas di sana. Turut mengiringi, Datin Azarina binti Bakia, Isteri Timbalan Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan ATM. Seluruh warga ATM mengucapkan selamat maju jaya kepada kesemua Yang Berbahagia Tuan dan Puan, semoga dapat menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan sebaiknya.

 

 

Lihat Galeri Gambar