logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUANTAN, 16 Julai 2023 - Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan jayanya telah melaksanakan Eksesais JUNGLE FALCON melibatkan ketumbukan TDM bersama United Arab Emirates Land Forces (UAELF) bertempat di sekitar Kuantan, Pahang yang telah bermula pada 4 hingga 16 Jul 2023. Eksesais dalam iklim tropika pada kali ini telah melibatkan atur gerak anggota infantri bersama aset-aset Kenderaan Berperisai Tempur Adnan, Gempita dan Kereta Kebal Pendekar yang diketuai oleh Panglima 4 Briged (Mekanize), Brig Jen Mohamad Rafi bin Mohd bersama 50 pegawai dan 536 anggota dari Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) (Mekanize) serta 19 pegawai dan 116 anggota Batalion Ke-61 Infantri UAELF.

Eksesais ini adalah salah satu pendekatan yang berupaya membuka ruang kepada TDM khasnya untuk berkongsi kemahiran, pengalaman dan pengetahuan bersama dengan rakan strategik ketenteraan UAELF dalam aspek peperangan secara konvensional. Selain itu, kolaborasi ini juga telah mewujudkan pengukuhan praktis dalam taktik peperangan infantri bersama kenderaan tempur berperisai yang mempunyai kelebihan mobiliti, kuasa tembakan dan pelindungan. Hadir mencemar duli ke Demonstrasi Serangan Akhir Eksesais JUNGLE FALCON Siri 1/2023 adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang diiringi bersama oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang TUDM bersama barisan pimpinan dari Tentera Darat Malaysia dan United Arab Emirates Land Forces.

 

Lihat Galeri Gambar