logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2023 - ATM telah menjadi tuan rumah bagi Sidang Tim Perancang Komunikasi dan Siber Malaysia dan Indonesia (TPKS MALINDO) Ke-32 yang berlangsung di Hotel Park Royal, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Julai lalu. Sidang tahunan ini dipengerusikan bersama oleh Ketua Pengarah Siber dan Elektromagnetik Pertahanan ATM, Laksda Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin dan Wakil Asisten KOMLEK Panglima TNI, Brig Jen TNI Indra Gumay Fitri. Para pegawai komunikasi dan siber dari Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP), Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, CAAM dan BASARNAS dari kedua-dua buah negara turut menganggotai sidang ini.

Objektif sidang ini ialah bagi membincang dan memantapkan perkara berkaitan komunikasi bagi mendukung kelancaran Operasi Patroli Terkoordinasi (OP PATKOR) di sempadan darat, laut dan udara kedua-dua negara. Selain itu, Sidang ini juga telah mengorak langkah baru dengan menjalinkan kerjasama dalam bidang pertahanan siber sepertimana pengarahan oleh High Level Committe MALINDO.

 

 

Lihat Galeri Gambar