logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

SUNGAI BESI, 22 Jul 23 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPB YDP Agong) XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah berkenan untuk bercemar duli bagi menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tahun 2023 bertempat di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan, Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur pada pagi ini. Istiadat perbarisan pagi ini melibatkan seramai 228 Pegawai Kadet ATM yang terdiri daripada tiga (3) cabang perkhidmatan iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang diketuai oleh Pegawai Rendah Kanan (PRK) Mohamad Norizzaini bin Norizam. Dalam perbarisan ini, turut diadakan penyampaian Anugerah Pedang Kehormat berserta Piala kepada empat (4) orang Pegawai Kadet Terbaik bagi setiap perkhidmatan iaitu Lt M Mohamad Norizzaini bin Norizam; Terbaik Keseluruhan, Lt M Khairul Faisal bin Hasanuddin; Terbaik Tentera Darat, Lt M Muhammad Amree Aqiel bin Zyreemy TLDM; Terbaik Tentera Laut Diraja Malaysia dan Lt M Muhammad Hafizzudin bin Zakaria TUDM; Terbaik Tentera Udara Diraja Malaysia.
 
Terdahulu, mereka telah berjaya menamatkan program ijazah dalam jurusan masing-masing selama tiga (3) hingga empat (4) tahun dan seterusnya mengikuti Latihan Ketenteraan Tahun Akhir (LKTA) selama enam (6) bulan di kolej perkhidmatan yang telah tamat pada 30 April 2023. Setelah Istiadat Perbarisan di Padang Kawad Akademi Latihan Ketenteraan selesai, KDYMM SPB YDP Agong XVI turut berkenan untuk mengurniakan watikah tauliah kepada semua 228 Pegawai Kadet ATM yang berlangsung di Dewan Tun Templer (DTT), Akademi Latihan Ketenteraan yang kemudiannya disusuli dengan bacaan ikrar Taat Setia Perwira serta penyerahan skrol ikrar oleh Pegawai Muda yang baru ditauliahkan.
Turut hadir pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pagi ini adalah Menteri Kanan Pertahanan; YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan Panglima-Panglima Perkhidmatan serta wakil. Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan istiadat yang diadakan secara tahunan.

 

Lihat Galeri Gambar