logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 12 Julai 2023 – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima lawatan ulung daripada Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng, Panglima Angkatan Tentera Republik Singapura (Singapore Armed Forces) yang juga merupakan Panglima Tentera Laut pertama dilantik menjawat jawatan Panglima Angkatan Tentera republik berkenaan pada tanggal 10 Mac yang lalu. Beliau yang tiba di Malaysia pada 11 Julai 23 telah memulakan lawatan kerjanya dengan membuat kunjungan hormat ke atas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM bertempat di Wisma Pertahanan, hari ini.

Pertemuan rasmi yang membincangkan beberapa agenda penting melibatkan hal ehwal ketenteraan di antara kedua-dua buah Negara turut disertai oleh barisan kepimpinan tertinggi ATM iaitu Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara serta Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan Bin Jalal.

Terdahulu, ketibaan beliau di Wisma Pertahanan telah disambut mengikut istiadat ketenteraan dengan mengambil tabik hormat serta memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada 3 orang pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Nurul Fauzan bin Md Sabri. Vice Admiral Aaron Beng Yao Cheng meneruskan agenda lawatan rasmi beliau dengan membuat lawatan kerja ke Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (MK PMBTD) bertempat di Kem Perdana Sg Besi. Ketibaan beliau di MK PMBTD telah disambut oleh Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi bin Tengku Ibrahim diiringi pegawai-pegawai kanan markas berkenaan dan dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama pasukan bagi mendengar taklimat yang memaparkan peranan dan fungsi serta struktur pemerintahan MK PMBTD khasnya sebelum mengakhiri lawatan tersebut dengan penyampaian cendera kenangan dan sesi menandatangani Buku Lawatan.

Lawatan seumpama ini adalah sejajar dengan aspirasi pucuk pimpinan ATM dan Kementerian Pertahanan Malaysia khususnya dalam meningkatkan kerjasama pertahanan dua hala, memperluas perkongsian maklumat menerusi pelbagai platform ketenteraan di samping memperkukuhkan hubungan baik yang sedia terjalin di antara Malaysia dan Singapura khasnya.

 

Lihat Galeri Gambar