logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

LANGKAWI, 25 Mei 23 - Hari ketiga LIMA’ 23 telah melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan aktiviti yang padat tetapi bermakna kepada Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM. Pada sebelah pagi, PAT telah menerima dua kunjung hormat daripada delegasi negara luar dan kemudiannya telah bersama-sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (KDYMM SPBYDA) XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang berkenan mencemar duli bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian di antara SKS Airways, Embraer Commercial Aviation & Azorra yang berlangsung di Media Centre, Mahsuri International Exhibition Centre.

Seterusnya, PAT telah mengiringi KDYMM SPBYDA melawat pesawat E195-E2 yang ditempatkan di tapak pameran statik sebelum menyantuni tim aerobatik The Black Eagles dari The Republic of Korean Airforce (ROKAF) di tarmac, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Kemudiannya, hari warna warni PAT di LIMA’ 23 pada hari ini diakhiri dengan menyaksikan satu majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) diantara Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (YLTAT) dengan Association of Marine Industries of Malaysia (AMIM) yang bertujuan untuk membantu menyediakan laluan bagi penempatan pekerjaan anak-anak warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan veteran ATM dalam industri maritim. Sebagai rekod, PAT merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YLTAT.

Lihat Galeri Gambar