logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 Mei 23 - Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) yang menjangkau dua tahun lima bulan penubuhannya dilihat memperkemas langkah dalam visi untuk menjadi satu cabang perkhidmatan baharu ATM dengan penglibatannya yang signifikan di LIMA' 23. Memetik kenyataan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera pada 15 Sep 22 mengenai tanggungjawab organisasi yang bersifat cyber-centric bagi menangani ancaman peperangan dimensi baharu dalam domain siber dan elektromagnetik, penglibatan BSEP di LIMA’ 23 dilihat sebagai berimpak tinggi kepada Angkatan Tentera Malaysia dan Negara. Peranan dan bantuan BSEP dalam penyediaan penstriman secara langsung untuk semua demonstrasi dan pameran bagi segmen maritim di Resort World Langkawi telah membolehkan penonton dari segenap lapisan usia dapat mengikuti acara tersebut di seluruh negara.

Selain itu, bagi mempromosikan kesedaran keselamatan siber, BSEP telah berkerjasama dengan National Cyber Security Agency (NACSA) MKN untuk turut sama terlibat sebagai salah satu agensi Critical National Information Infrastructure (CNII) yang bertanggungjawab dalam perihal menjaga dan melindungi domain siber ATM menerusi ruang pameran yang disediakan dalam Cyber Security Pavillion. Lawatan oleh pemimpin negara seperti Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah ke ruang pameran dan taklimat telah memberi ruang dan peluang yang amat bermakna dalam usaha BSEP menyampaikan mesej bahawa keselamatan siber adalah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian serius oleh semua peringkat bagi menjaga maklumat, data dan rahsia negara terpelihara.

Penglibatan Laksamana Muda Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin, Ketua Pengarah Siber Elektromagnetik Pertahanan (KP SEP) dalam Forum Keselamatan Siber Maritime, Forum Keselamatan Siber Aerospace dan Langkawi International Space Forum (LISF) yang dilaksanakan pada 24 dan 25 Mei 23 di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) secara tidak langsung telah membawa kepada penglibatan pelbagai watak penting keselamatan siber dan angkasa bukan sahaja dari dalam negara malahan dari luar negara bagi membincangkan topik-topik berkaitan ancaman keselamatan siber, polisi dan perundangan serta ancaman dan masa depan teknologi angkasa.

Dengan berakhirnya LIMA' 23 yang melabuhkan tirainya pada 27 Mei 23, disimpulkan bahawa BSEP berada dalam landasan yang betul bagi mencapai tujuan penubuhannya untuk menjadi satu cabang perkhidmatan baharu ATM selain perkhidmatan darat, laut dan udara. Walau bagaimanapun usaha keras BSEP ini mustahil direalisasikan jika tidak mendapat pelaburan dari pihak kerajaan, memetik kenyataan Panglima Angkatan Tentera pada 15 Sep 22 semasa Hari ATM ke 89 yang menyatakan secepat mana BSEP mampu berdiri sendiri sebagai sebuah cabang perkhidmatan bergantung kepada pelaburan oleh kerajaan.

Lihat Galeri Gambar