logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2023 - Persidangan FDCC edisi ke-22 yang dijadualkan pada 2 hingga 5 Oktober 2023 telah dimulakan dengan sesi pertemuan dua hala (Bilateral Meeting) bersama 3 buah Negara keanggotaan FPDA terlibat iaitu Australia, United Kingdom & Singapura termasuk Komander HQIADS bertempat di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur hari ini.
 
Malaysia yang diwakili oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah bersua dengan rakan sejawatnya dari Negara terlibat bagi membincangkan beberapa agenda khusus melibatkan hal ehwal ketenteraan sebelum sesi persidangan utama berlangsung pada hari esok.
 
Turut serta dalam sesi pertemuan dua hala tersebut ialah Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hj Hamid TUDM, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Mej Jen Noorul Azril Ariffin serta Ketua Pengarah Perancang Strategik BPP MK ATM, Brig Jen Dato' Dr Mohd Radzi bin Hj Abd Hamid.