logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuantan, 4 Okt 23 - Majlis Pembukaan Eksesais BERSAMA LIMA 2023 (BL23) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Laksamana Madya Aaaron Beng Yao Cheng bertempat di Pusat Peperangan Bersama, Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama, Kuantan.
 
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman diberi penghormatan menyempurnakan pemakaian lencana Eksesais BL23 kepada wakil-wakil Angkatan Tentera negara-negara FPDA. Pemakaian lencana tersebut adalah sebagai simbolik bermulanya Eksesais BL23 secara rasmi.
 
Eksesais BL23 merupakan Eksesais Gabungan tahunan antara Angkatan Tentera negara-negara Peraturan Pertahanan Lima Negara (Five Power Defence Arrangements (FPDA) iaitu Australia, Malaysia, New Zealand, Singapura dan United Kingdom.
 
Eksesais BL23 ini dilaksanakan secara Field Training Exercise (FTX) bermula dari 2 Oktober sehingga 20 Oktober 2023 di sebahagian kawasan perairan, darat, udara Semenanjung Malaysia dan Singapura termasuk kawasan perairan serta udara Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia di Laut China Selatan.
 
Eksesais BL23 melibatkan lebih 2300 orang anggota tentera dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan darat, laut dan udara. Ianya turut melibatkan sebanyak 7 buah kapal perang, 40 buah pesawat udara pelbagai jenis dan beberapa aset darat milik negara-negara FPDA. Bagi Eksesais BL23 pada kali ini, Brigedier Jeneral Haji Muhammad Taha bin Hamdan TUDM telah dilantik sebagai Pengarah Eksesais BL23. Bersesuaian dengan falsafah perjanjian FPDA yang bersifat defensif, eksesais ini bukanlah sebagai satu bentuk ancaman kepada negara-negara sekitar tetapi ianya adalah latihan yang telah dirancang sesuai dengan tahap profesionalisme Angkatan Tentera negara-negara FPDA. Eksesais ini memberi peluang serta ruang kepada negara FPDA berkongsi kepakaran dan pendapat dalam menghadapi sebarang bentuk konflik pada masa hadapan.
 
Eksesais BL 23 dilaksanakan pada setiap tahun secara bergilir oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). Tujuan Eks BL 23 adalah untuk melatih keupayaan pasukan pertahanan FPDA di dalam mengaturgerak, merancang dan menjalankan operasi di peringkat Combined Joint Task Force (CJTF) dengan mengkhususkan kepada integrasi taktikal gabungan dan bersama pada persekitaran pelbagai ancaman.
 
Turut hadir dalam Majlis Pembukaan Eksesais BL23 adalah Panglima Angkatan Tentera Australia General Angus John Campbell; Panglima Angkatan Tentera New Zealand Air Marshal R. Short; Vice Chief Of Defence Force United Kingdom General Gwyn Jenkins; Panglima Tentera Darat Malaysia Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Wakil Panglima Tentera Laut Malaysia Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain; Wakil Panglima Tentera Udara Malaysia Leftenan Jeneral Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM; serta pegawai-pegawai dari Angkatan Tentera negara - negara FPDA.