logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR – Bermula 3 hingga 4 Oktober 2023, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Puan Sri Ramlah binti Dawi telah menerima lawatan rasmi dari Isteri Panglima Angkatan Tentera New Zealand iaitu Mrs Sherryll Short. Lanjutan daripada itu, BAKAT ATM telah menyediakan program bagi mengalu-alukan kunjungan Mrs Sherryll Short yang disambut mesra oleh Puan Sri Datin Seri Ramlah Binti Dawi, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM dan beberapa isteri ahli BAKAT yang lain.
 
Program lawatan berkenaan telah membawa tetamu delegasi ke beberapa lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur. Antara tempat menarik yang dikunjungi adalah seperti Royal Selangor Visitor Centre, Craft Complex Kuala Lumpur, dan Sky Bridge KLCC.
 
Acara kemuncak bagi program delegasi adalah majlis makan malam bersama isteri Panglima Angkatan Tentera New Zealand yang berlangsung di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia.
 
Tetamu kehormat iaitu Mrs Sherryll Short berasa amat teruja dan kagum terhadap layanan dan program yang telah disediakan untuk beliau. Beliau berharap akan mempunyai peluang lagi untuk berkunjung ke Malaysia.