logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman dan isteri, Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi, selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, telah hadir ke Majlis Santapan Negara sempena meraikan tetamu Negara iaitu Gabenor Jeneral New Zealand, Puan Yang Terutama (PYT) Dame Cindy Kiro dan pasangan, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Richard Davies yang diadakan di Istana Negara, semalam.
 
Majlis yang diadakan ini adalah bersempena Lawatan ulung beliau ke Malaysia sejak mula dilantik ke jawatan tersebut pada 21 Oktober 2021.
 
Terdahulu, beliau telah diberi penghormatan untuk memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di dataran kawad Istana Negara sebelum diiringi bersama KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH ke halaman istana bagi menanam pokok nona (Annona Squamosa) disaksikan oleh KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA RAJA PERMAISURI AGONG TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ, serta Perdana Menteri Malaysia, YAB DATO' SERI ANWAR BIN IBRAHIM.
 
Hadir sama meraikan sambutan tersebut adalah Panglima-Panglima Perkhidmatan dan Ketua Staf Markas ATM.