logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2023 – Pihak Jabatan Arah KAGAT hari ini telah berbesar hati menerima rakan seangkatan dalam melaksanakan usaha dakwah dan tarbiyah di dalam organisasi ketenteraan apabila menerima kunjungan hormat sempena Lawatan Kerja Delegasi The Religious Deparment Of The Saudi Armed Forces seramai 8 orang. Ketibaan deligasi yang diketuai oleh Mej Jen Musfer Hassan Al-Qahtani, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Agama Angkatan Tentera Arab Saudi (Deputy Director General of the Religious Department at the Saudi Armed Forces) telah disambut oleh Brig Jen Hj Mohd Hamzah bin Adam, Ketua Staf Am Jabatan Arah KAGAT dan juga Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Arah KAGAT yang lain. Pihak deligasi telah dibawa ke Pejabat Ketua Pengarah KAGAT), Mej Jen Dato’ Hj Mohd Rashidi bin Bujai untuk sesi kunjungan hormat dan juga menandatangani buku lawatan.
 
Setelah itu, pihak Deligasi telah diberikan sesi taklimat dan juga perbincangan dua hala telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Arah KAGAT. Suasana sesi taklimat dan perbincangan dua hala telah berjalan dengan baik dan sempurna serta ia menatijahkan suatu impak yang positif bagi memperkembangkan Kerjasama dan kolaborasi di antara dua pihak selepas dari ini. Di akhir sesi taklimat dan perbincangan dua hala ini telah diadakan sesi pertukaran hadiah dan cenderamata sebagai cindur kenangan di antara kedua-dua belah pihak.
 
Lawatan Kerja pihak deligasi ini telah diraikan oleh pihak Jabatan Arah KAGAT dalam Majlis Jamuan Makan Malam bertempat di Chulan View, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur sebagai tanda mahabbah dan kemesraan yang terjalin. Turut hadir meraikan deligasi dalam majlis jamuan makan malam ini adalah Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mej Jen Datuk Mohamed Fauzi bin Kamis. Di mana dalam ucapannya di majlis itu mengharapkan supaya kedua belah pihak dapat bekerjasama lebih erat untuk menganjurkan program yang lebih besar impaknya kepada warga ATM dan serantau dengan bertunjangkan Islam sebagai wadah pengisiannya.
 
Pada keesokan harinya (3 Okt 23) pihak deligasi ini telah meneruskan Lawatan Kerja mereka Institut Latihan dan Kefahaman Islam (ILMI) ATM bagi meninjau kefungsian pusat latihan yang dikendalikan oleh warga KAGAT itu dan juga mengadakan lawatan ke Muzium Tentera Darat Port Dickson sebagai sesi terakhir dalam Lawatan kerja Deligasi tersebut.
 
Kunjungan hormat dan Lawatan Kerja Delegasi The Religious Deparment Of The Saudi Armed Forces selain dari Mej Jen Musfer Hassan Al-Qahtani ia juga telah disertai oleh Brig Jen Abdul Aziz Saud Aldrees, Kol Abdulrahman Saleh AlQarzaee, Kol Abraham Musa Al-Sufyan, Kol Turki Abdullah Al-Sharef, Kapt Meshari Mohamed Al-Mezam, Sjn Hussain Nawaf Al-Nazi dan juga Sulaiman Mohammed Al-Juaid, Pegawai Diplomatik Saudi Military Kuala Lumpur.
 
Diharapkan dengan Lawatan Kerja dan sesi kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah KAGAT ini akan menjadi titik perintis untuk membuka jaringan kerjasama dan kolaborasi yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak khususnya kepada KAGAT dan ATM pada masa hadapan.