logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 30 September 2023 – Majlis serah terima tugas Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam (BHEA) Markas ATM telah diadakan di antara Lt Kol Mohd Riduan bin Yusoff (Penyerah) dan Lt Kol Zuhairy bin Limat (Penerima) bertempat di Auditorium PAT, Perpustakaan KEMENTAH, semalam. Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Ketua Pengarah Sekretariat Markas ATM, YBhg Brig Jen Zulmadi bin Ariffin serta turut dihadiri oleh para pegawai dan staf yang bertugas di Sekretariat Markas ATM dan BHEA.
 
Lt Kol Mohd Riduan bin Yusoff yang telah memegang jawatan ini sejak Ogos 2019, akan mula bercuti sebelum bersara secara pilihan dari perkhidmatan ATM amnya dan Tentera Darat Malaysia (TDM) khususnya. Selamat maju jaya dan jutaan terima kasih diucapkan kepada Lt Kol Mohd Riduan bin Yusoff di atas segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan serta selamat bertugas buat Lt Kol Zuhairy bin Limat selaku Ketua Bahagian Hal Ehwal Awam yang baharu.