logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PUTRAJAYA, 28 September 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah hadir ke kemuncak sambutan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PICC, hari ini.
 
Membawa tema “Perpaduan Teras Malaysia Madani”, program anjuran Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) ini bertujuan untuk memperingati ulang tahun kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW, iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal dengan pelbagai pengisian program ilmiah yang bermanfaat termasuk penyampaian Anugerah Maulidur Rasul SAW.
 
Sambutan ini diserikan dengan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang turut berkenan memeriahkan sambutan yang diadakan ini.