logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Bin Ab Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Seri Isham Ishak di pejabat beliau, hari ini.
 
Ini merupakan kunjungan hormat pertama beliau kepada Panglima Angkatan Tentera setelah dilantik sebagai KSU Kementerian Pertahanan yang baharu berkuatkuasa hari ini.
Terdahulu, Ketibaan YBhg. Datuk Seri Isham Ishak di perkarangan Wisma Pertahanan telah disambut oleh Panglima Angkatan Tentera diiringi Panglima-Panglima Perkhidmatan, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian serta pegawai kanan ATM.
 
Beliau kemudiannya menerima tabik hormat Kawalan Kehormatan Utama yang didirikan oleh Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum dibawa ke pejabat rasmi beliau untuk menandatangani dokumen mula tugas sebagai simbolik permulaan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang baharu.