logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 17 Feb 2023 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT ATM ) komited dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa gempa bumi yang terjejas di turkiye melalui sumbangan kebajikan berupa 2000 helai selimut dan 2000 helai tuala yang disalurkan kepada Kedutaan Turki di Malaysia, hari ini. Majlis penyerahan sumbangan yang dilaksanakan secara serba ringkas tersebut telah disampaikan oleh Mej Hazfina binti Hassan TUDM, Pegawai Staf 1 BAKAT ATM yang mewakili Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM kepada Duta Besar Turki di Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Emir Salim YÜKSEL.


Sumbangan ini yang juga merupakan inisiatif oleh Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM bertujuan untuk meringankan beban yang dialami disamping mendukung usaha-usaha kebajikan yang telah dilaksanakan oleh ATM di bumi Turkiye khasnya.


Inisiatif ini adalah selaras dengan peranan BAKAT untuk memberi khidmat kebajikan tanpa mengira agama dan bangsa serta menyokong aktiviti-aktiviti amal samada di peringkat dalam mahupun luar Negara.

Lihat Galeri Gambar