logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

ABU DHABI, 24 Februari 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah mengadakan kunjungan ke Pameran Pertahanan Antarabangsa (IDEX & NAVDEX 2023) yang berlangsung di Abu Dhabi National Exhibition Centre (ADNEC), semalam. International Defence Exhibition and Conference (IDEX 2023) edisi ke-16 dan Naval Defence and Maritime Security Exhibition (NAVDEX 2023) edisi ke-7 ini adalah merupakan antara platform pameran pertahanan antarabangsa yang terbesar dengan melibatkan jumlah pempamer lebih dari 1350 dari 65 buah Negara yang menyaksikan kecanggihan teknologi dalam aspek keselamatan & pertahanan khasnya.


Panglima Angkatan Tentera yang dalam rangka lawatan kerja beliau di Abu Dhabi turut berkesempatan untuk melihat beberapa buah booth pameran yang mempamerkan teknologi terkini dalam aspek pertahanan darat, laut & udara disamping meneroka inovasi baharu yang memberi impak ke atas sektor keselamatan & pertahanan global amnya.
Terdahulu, beliau turut berkesempatan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawat beliau iaitu His Excellency, Staff Lt General Eisa Saif bin Ablan Almazrouei, Chief of Staff of the UAE Armed Forces yang baharu dilantik ke jawatan tersebut pada 3 Jan 23 yang lalu. Kunjungan ini adalah sebagai salah satu agenda rasmi dalam usaha untuk membina & mengukuhkan jalinan hubungan kerjasama antara kedua-dua buah pasukan Angkatan Tentera (ATM-UAE AF) dalam pelbagai fokus ketenteraan khasnya.


Ini adalah bertepatan dengan hasrat kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan khasnya iaitu mengukuhkan diplomasi pertahanan dengan negara serantau serta global bagi memelihara kepentingan & keselamatan Negara. Turut mengiringi semasa lawatan tersebut adalah Asisten Ketua Staf Operasi & Latihan Pertahanan MATM, Mej Jen Dato' Zaidan bin Atan serta Pegawai Kanan ATM yang lain.

Lihat Galeri Gambar