logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM telah menerima Kunjungan Hormat sempena Pesaraan Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany bertempat di pejabat beliau, hari ini.


Kunjungan ini merupakan kunjungan terakhir beliau terhadap Panglima Angkatan Tentera sebelum beliau menamatkan perkhidmatan setelah berkhidmat selama 42 tahun dalam Tentera Laut Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia secara amnya. Laksamana Tan Sri Mohd Reza telah meneruskan usaha memodenkan armada TLDM walaupun menempuh pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi apabila negara terkesan dengan pandemik COVID-19.


Seluruh warga ATM mengucapkan selamat bersara dan semoga maju jaya kepada Laksamana Tan Sri Reza. Terima kasih atas segala jasa bakti yang telah dicurahkan.

Lihat Galeri Gambar