BERITA TERKINI & SEMASA
TURKIYE, 15 Feb 2023 - Hospital Medan Malaysia (HMM) telah memulakan pengoperasian mengikut rancangan dengan menerima pesakit pertama penghidap asthma. Penduduk kampung berdekatan di Celikhan yang terdiri dari wakil wanita telah melawat HMM untuk melihat lebih dekat cara pengoperasian dan menerima taklimat dari petugas HMM.
Penubuhan HMM telah mendapat penghargaan dari penduduk tempatan yang terjejas bencana gempa bumi.