logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

NEW YORK, 23 Feb - Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan komitmennya terhadap kepentingan operasi pengaman dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa. Kolonel Muzafar Shah bin Mosam Shah, Pengarah Dasar Logistik Pertahanan, Markas ATM selaku Ketua Delegasi dalam pengucapannya semasa sesi pembukaan persidangan kumpulan kerja Contingent-Owned Equipment 2023 yang berlangsung di New York baru-baru ini menyeru agar usaha dipergiatkan untuk menambah baik keadaan kerja pasukan pengaman khususnya bagi memenuhi persekitaran operasi semasa yang semakin kompleks & tidak menentu.


Pada masa ini, penumpuan terbesar penugasan pasukan pengaman ATM adalah di Selatan Lubnan iaitu di bawah Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL). Sejak tahun 1960, seramai 40,000 anggota ATM telah berkhidmat dalam 39 misi pengaman di seluruh dunia. Persidangan ini adalah merupakan platform terbaik bagi membolehkan isu berkaitan piawaian teknikal, prosedur dan dasar dipertimbangkan dalam kumpulan kerja yang terlibat bagi memenuhi tuntutan kerja pasukan pengaman yang semakin mencabar di masa kini dan mendatang.


Sebagai rekod, Persidangan ini telah dikoordinasi dan dikawal selia oleh Penasihat Pertahanan MALAWAKIL PBB di New York ; Kol Shamsuri bin Hj Noordin. Turut sama menghadiri persidangan tersebut adalah Kol Muhammad Noruladzim bin M. Taifor TUDM, Pengarah Operasi Global dan Lt Kol Ilyas bin Hanafi, Ketua Penolong Setiausaha Unit Organisasi Antarabangsa & Isu Keselamatan.

Lihat Galeri Gambar