logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

27 Februari 2023 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Penutup Desert Tiger Exercise 6/2023 iaitu Program Latihan Ketenteraan Dua Hala Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Al Hamra FIBUA City di Wilayah Barat UAE, hari ini. Turut hadir, Presiden UAE Yang Mulia Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan. Seri Paduka Baginda diiringi oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Hadir sama di majlis itu, Menteri Pertahanan YB Dato' Seri Mohamad Hasan, Panglima Angkatan Tentera YBhg. Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Timbalan Panglima Tentera Darat YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Duta Besar Malaysia ke UAE Tuan Yang Terutama Dato’ Seri Ahmad Fadil Shamsuddin serta pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia dan barisan kepimpinan tertinggi Angkatan Tentera UAE.


Keberangkatan Seri Paduka Baginda, yang juga selaku ketua pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, ke majlis itu adalah atas persilaan Yang Mulia Sheikh Mohammed. Yang Mulia Sheikh Mohammed juga merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera UAE. Kedua-dua pemimpin adalah rakan kolej di institusi latihan ketenteraan terkemuka dunia, Akademi Tentera Diraja Sandhurst di United Kingdom, pada tahun 1978 dan 1979 dan persahabatan akrab mereka kekal hingga sekarang.
Program latihan ketenteraan tersebut telah bermula pada 8 Februari 2023 atas tajaan Kerajaan UAE.


Ianya melibatkan seramai 14 pegawai dan 116 anggota daripada Batalion Ke-9 RAMD (PARA) dan lima pegawai dan 120 anggota daripada Batalion Ke-61 UAE Land Forces.
Seri Paduka Baginda kini berada di UAE bagi lawatan khas selama tujuh hari hingga 1 Mac 2023. Turut mengiring ke lawatan khas ini, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Lihat Galeri Gambar