SUBANG, 18 Februari 2023 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah mengatur gerak dua buah pesawat A400M bagi menyempurnakan misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Syria sepertimana yang telah diarahkan oleh Kerajaan Malaysia. Pesawat berkenaan membawa keseluruhan sebanyak 42 tan barangan hasil sumbangan rakyat Malaysia kepada rakyat Syria yang terjejas akibat gempa bumi yang melanda negara tersebut.
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA
BERITA TERKINI & SEMASA