logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Kuala Lumpur, 16 Januari 2023 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM hari ni bersama kepimpinan ATM dan Kementerian Pertahanan mengiringi Menteri Pertahanan, YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan dan Menteri Pengangkutan, YB Tuan Loke Siew Fook di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia - Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur bagi menyempurnakan secara rasmi penganjuran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang akan diadakan mulai 23 hingga 27 Mei 2023 di Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.


Selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2019 dan acara dwi tahunan ini ditangguh penganjurannya pada 2021 akibat penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia, tahun 2023 ini menyaksikan seluruh rakyat Malaysia dan dunia berpeluang kembali untuk memeriahkan satu-satunya pameran maritim dan aeroangkasa yang juga terbesar di rantau asia ini.
LIMA '23 yang merupakan penganjuran bersama Kementerian Pertahanan Malaysia, Kementerian Pengangkutan dan Alpine Integrated Solution ini bakal menghimpunkan ramai pemain industri sektor pertahanan dan komersial dari seluruh dunia.


Penganjuran kali ini dijangka menjadi yang terbesar dan memberi kesan positif kepada ekonomi negara hasil dari lebih 600 pempamer yang akan mengambil bahagian selain kehadiran pengunjung tempatan dan luar negara. Sebanyak 60% atau 360 syarikat yang mengambil bahagian adalah daripada pemain industri pertahanan, manakala baki 40% atau 240 syarikat adalah mereka dari pemain industri sektor komersial.


Antara yang terlibat bagi pemain industri pertahanan tempatan adalah termasuk BHIC, Deftech, Gading Group, Global Turbine Asia, NADI, Radimax, Sapura, Perkhidmatan Perundingan Sistem dan Zetro, manakala pemain antarabangsa termasuk Airbus (UK), MBDA (Perancis), Kongsberg (Norway), Kumpulan Tentera Laut (Perancis), Industri Aeroangkasa Korea (KAI), Pasukan Pertahanan Australia, Aselsan, Roketsan dan Havelsan (Turkiye). 20 negara yang akan mempunyai pavilion mereka adalah China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Belanda, Pakistan, Saudi Arab, Singapura, Korea Selatan, Turkiye, United Kingdom, Amerika Syarikat Amerika dan Emiriah Arab Bersatu.
Dijangkakan kehadiran LIMA kali ini adalah seramai 45,000 pelawat perdagangan dan lebih 250,000 pelawat awam bersama 400 tetamu VVIP terdiri daripada para Menteri, Pegawai Kanan Kerajaan, dan Ketua Perkhidmatan dari 59 buah negara.


Secara keseluruhannya, urus niaga bernilai RM8 bilion diramal bakal dimeterai pada acara yang akan berlangsung selama 5 hari berkenaan iaitu lebih dua kali ganda daripada RM4 bilion pada siri penganjuran tahun 2019. Jualan tiket masuk dijangka dibuka selepas Tahun Baru Cina dan akan disediakan melalui semua platform digital LIMA 2023
Turut hadir di majlis ini ialah Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengangkutan, Dato’ Normah Binti Osman dan Panglima-panglima Perkhidmatan serta Dato’ Seri Mohd Khairul Adib, Pengerusi Alpine Integrated Solution.


Tetamu lain termasuk Duta Besar / Pesuruhjaya Tinggi dan wakil daripada pelbagai Kedutaan dan Suruhanjaya Tinggi di Malaysia seperti Australia, Austria, Brazil, Kanada Republik Czech, Perancis, Itali, Kuwait, Mauritius, Nigeria, Qatar, Saudi Arab, Singapura, Sepanyol, Sweden, Belanda, Amerika Syarikat, Turkiye dan Vietnam.

Lihat Galeri Gambar