logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

18 Oktober 2023 - Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob bersama barisan pengurusan tertinggi TLDM berbesar hati menerima kunjungan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohamad bin Ab Rahman untuk satu taklimat hari ini.
 
Ini merupakan lawatan pertama Jeneral Tan Sri Mohammad ke Markas Tentera Laut sejak pelantikan beliau sebagai Panglima Angkatan Tentera pada 6 September 2023. Beliau diiringi Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad.
 
Taklimat yang berlangsung memberi gambaran keseluruhan tentang keadaan semasa TLDM dan isu-isu berkaitan keselamatan maritim negara.