logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2023 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menghadiri Jamuan Makan Tengahari bertempat di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia, hari ini.
 
Majlis Makan Tengahari Perdana Wisma Perwira ATM diadakan setiap bulan di perkarangan Foyer Dewan Makan Tun Hashim Ali Wisma Angkatan Tentera. Majlis berkenaan diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara ahli WP ATM.
 
Juadah sajian yang disajikan bertemakan Masakan Kenegerian Malaysia dengan dihadiri lebih kurang 300 orang ahli WP ATM yang berkhidmat di Kementerian Pertahanan dan pasukan di sekitarnya yang merupakan ahli WP ATM.
 
Jamuan turut dihadiri oleh Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara (PTU), Jeneral Tan Sri Dato’Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khas, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (KS ATM), Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad dan lain–lain Pegawai Kanan Markas ATM.