logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 – Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Bin Ab Rahman, telah hadir ke Majlis Makan Malam Rasmi Sempena Istiadat Pengurniaan DKAT Kehormat Tahun 2023 di Hotel InterContinental Kuala Lumpur semalam.
 
Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Muhammad Hafizuddeain Bin Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Bin Ayob, Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Haji Muhammad Norazlan Bin Aris dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Hj Ahmad.
 
Majlis berkenaan dilaksanakan bagi meraikan delegasi-delegasi dari luar negara yang turut akan dianugerahkan pingat DKAT Kehormat pada tahun ini, iaitu Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Admiral Yudo Margono, Panglima Angkatan Tentera Singapura, Vice Admiral Aaron Beng, Kepala Staf Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (KASAD TNI-AD), Jeneral Dudung Abdurachman, Chief of The Naval Staff of Pakistan Navy, Admiral Muhammad Amjad Khan Niazi dan Commander in Chief of The Royal Thai Navy, Admiral Cherngchai Chomcherngpat.