KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2023 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Bin Ab Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada Penasihat Pertahanan Singapura, Colonel Dean Tan Wah Kheng di pejabat beliau, hari ini.
Ini merupakan kunjungan hormat pertama oleh Penasihat Pertahanan Singapura kepada Panglima Angkatan Tentera semenjak dilantik menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-22.