logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 13 Oktober 2023 – Mesyuarat Agong Luar Biasa bagi tahun 2023 yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Angkatan Tenetra Malaysia (ATM), Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi, telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Rumah BAKAT ATM.
 
Mesyuarat Agong Luar Biasa ini diadakan bagi melaporkan perubahan tampuk pimpinan baru BAKAT ATM kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ini juga merupakan mesyuarat pertama Puan Sri Datin Seri Ramlah binti Dawi setelah mengambil alih pucuk pimpinan Tertinggi BAKAT ATM.
 
Beberapa program khusus telah dirancang untuk tahun 2023 dan 2024 yang memberi fokus ke atas aspek pendidikan, keagamaan, kebajikan dan juga aktiviti sukan yang memerlukan kerjasama dan komitmen berterusan dari semua ahli BAKAT ATM bagi melancarkan aktiviti yang dijadualkan sekaligus dapat menaikkan lagi imej organisasi BAKAT ATM khasnya.
 
Usai mesyuarat berlangsung, majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cek dari tabung kebajikan Angkatan Tentera Siri 2/23 yang disampaikan oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM untuk diagihkan kepada setiap BAKAT Perkhidmatan Darat, Laut, Udara dan Gabungan.
 
Turut hadir ke sesi mesyuarat ini ialah Pengerusi-Pengerusi BAKAT Perkhidmatan, ahli-ahli Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Pegawai-Pegawai Penasihat BAKAT Perkhidmatan, Ahli-Ahli Jawatankuasa BAKAT ATM dan urusetia-urusetia BAKAT Perkhidmatan.