logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

ISTANA NEGARA, 18 Okt 23 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menerima menghadap Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera di sini pagi tadi. Sembah menghadap ini adalah julung kalinya terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) oleh PAT setelah memegang jawatan ini sejak 7 Sep 23.
 
Dalam sesi sembah menghadap ini, beberapa perkara telah dibincangkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan PAT mengenai ATM, keselamatan dan kedaulatan negara. Sesi dua hala ini penting dimana perbincangan dua figura tertinggi tentera Malaysia ini dilihat menjadi titik tolak kepada pemesatan agenda peningkatan keselamatan dan pemuliharaan kedaulatan negara.