logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 25 Okt 23 - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal mengimplementasikan Teras Keempat Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera (PAT) Ke-22 iaitu Memperkasakan Gagasan Bersepadu Tentera dan Rakyat dalam penugasan Op MURNI yang bakal dilaksanakan jika berlakunya bencana banjir akibat Fasa Peralihan Monsun yang telah berlaku bermula pada pertengahan September lalu. Gerak kerja dalam mendokong Teras Keempat bagi pelaksanaan Op MURNI ini adalah pelaksanaan Military Operation Other Than War (MOOTW) iaitu salah satu peranan ATM semasa aman selain penggunaan aset-aset tentera yang boleh digunasama bagi membantu rakyat.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak telah menghadiri taklimat Op MURNI yang telah diadakan Pusat Operasi Tentera Darat (POTD), Wisma Pertahanan hari ini bagi melihat, memperhalusi dan membantu aturgerak ATM dalam menghadapi Fasa Peralihan Monsun yang boleh menyebabkan bencana banjir di Malaysia.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman, Panglima Tentera Darat; Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut; Laksamana Madya Dato' Zulhelmy bin Ithnain, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia; Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad dan barisan Pegawai Kanan Markas Tentera Darat.

Turut diadakan sesi sidang video bersama Panglima-Panglima Formasi Tentera Darat Malaysia bagi memaklumkan tentang perkembangan aturgerak di dalam Kawasan Tanggungjawab (KTJ) masing-masing di dalam Op MURNI di seluruh negara.