logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

PUTRAJAYA, 30 Okt 23 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah dianugerahkan ahli ke-13 Hall of Fame (HOF) Maktab Pertahanan Angkatan Tentera bertempat di Dewan Trisakti, Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya hari ini.

Pemasyhuran beliau sebagai HOF Ke-13 turut disaksikan bersama oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham bin Ishak; Panglima Tentera Darat; Jeneral Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Abdul Rahman bin Ayob, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Ahli Lembaga Gabenor.

Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah berkhidmat dengan Tentera Darat Malaysia (TDM) khususnya selama lebih daripada tiga puluh enam tahun. Hasil kecemerlangan serta dedikasinya kepada perkhidmatan, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera Ke-22 pada 6 September 2023. Beliau juga merupakan alumni MPAT Siri 28/2008, setelah lulus kohort 2008.

Hall of Fame Maktab Pertahanan Angkatan Tentera yang ditubuhkan pada tahun 2014 merupakan platform untuk memberi pengiktirafan yang berprestij kepada pegawai terbilang yang telah mencapai merit jawatan tertinggi dalam perkhidmatan masing-masing atau yang pernah memegang jawatan yang setara dengan pangkat atau tanggungjawab dalam organisasi lain.

Majlis pemasyhuran ini telah dihoskan oleh Komandan MPAT, Laksamana Pertama Badarudin bin Taha dan turut disaksikan oleh Ahli Lembaga Gabenor, pegawai-pegawai kanan dan Alumni Peserta Kursus MPAT Siri 28/2008. Pemasyhuran kali ini turut dihadiri seramai 70 penuntut Kursus Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) Siri 43/2023 dan turut melibatkan penyertaan seramai 10 penuntut luar negara serta 3 penuntut daripada lain-lain agensi kerajaan. Turut hadir menyaksikan pemasyhuran ialah Pegawai-Pegawai Kanan ATM dan Pegawai-Pegawai Staf PUSPAHANAS.