logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      


YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin telah menjadi moderator dalam Forum Putrajaya yang berlangsung di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur bersempena DSA 2014.

DSA 2014 kali ini telah membuktikan kemampuannya dan kehebatan sebagai salah satu pameran pertahanan di dunia. Kira-kira 1000 syarikat industri pertahanan dari hampir 50 buah negara telah mengambil bahagian.

Dalam rangka menghadiri Dialog Panglima-panglima Angkatan Tentera South and South East Asian Nations (SASEAN) yang julungkali diadakan di Sri Lanka, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Haji Zulkifeli bin Mohd Zin berkesempatan bertemu Duta Besar ke Sri Lanka, YBhg Encik Azmi Zainuddin. Pertemuan

...

Anggota Keselamatan ATM telah menerima suntikan semangat bilamana YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah turun padang melawat serta bertanya khabar warga ATM di semua pos-pos OPS SANGGAH. Lawatan beliau turut diiringi Panglima Angkatan Bersama,

...

Eksesais Pahlawan yang juga merupakan eksesais tunggal bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilancarkan pada 17 Mac oleh YBhg Laksamana Madya Dato' Nasaruddin bin Othman, Ketua Staf Markas ATM telah tamat pada 31 Mac 14. Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri

...

Program Jelajah Hari Bertemu Pelanggan (JHBP) yang diadakan di Kuching dan Sibu sejak 17 hingga 21 Mac 2014 ini merupakan satu program 'Turun Padang'. Turun Padang adalah pendekatan berkesan untuk mengenal pasti isu-isu dihadapi oleh pelanggan JHBP khususnya warga ATM.

ATM menambahkan lagi treler air bagi mengurangkan masalah catuan air kepada penduduk di kawasan Balakong, Desa Tun Hussein Onn dan persekitaran Cheras. Menurut beberapa penduduk, mereka menyatakan rasa terima kasih di atas kominten ATM dalam membantu mengurangkan masalah air yang dihadapi mereka

...

Nasib MH 370 masih belum dapat dipastikan lagi. Operasi Mencari dan Menyelamat telah dilancarkan pada Sabtu 8 Mac 14 dan ATM telah menggerakkan aset-asetnya bagi mencari di kawasan Laut China Selatan dan juga Selat Melaka.

Pada 6 Mac yang lalu, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera iaitu Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman telah membuat lawatan ulung ke Bahagian Perkhidmatan Anggota. Ini merupakan kunjungan pertama beliau setelah menjawat jawatan selaku Ketua Staf Markas Angkatan Tentera pada 22 November 2013.

Pada 2 Mac 2014, Perbarisan Memperingati Peristiwa Lahad Datu diadakan bagi memperingati dan mengenang kembali jasa serta pengorbanan perwira-perwira Negara yang telah berjuang demi mempertahankan kedaulatan tanah air.