logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Eksesais Pahlawan yang juga merupakan eksesais tunggal bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah dilancarkan pada 17 Mac oleh YBhg Laksamana Madya Dato' Nasaruddin bin Othman, Ketua Staf Markas ATM telah tamat pada 31 Mac 14. Majlis Penutupan disempurnakan oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera.

Antara acara yang berlangsung pada hari tersebut adalah upacara menanggalkan toha eksesais oleh Panglima Angkatan Tentera. Eksesais ini telah melibatkan sejumlah 350 pegawai dan anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM. Eksesais Pahlawan 15/14 bertujuan untuk menilai keupayaan dan kecekapan ketiga-tiga cabang Perkhidmatan di dalam melaksanakan tugas operasi yang dipertanggungjawabkan.