logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

Anggota Keselamatan ATM telah menerima suntikan semangat bilamana YBhg Jen Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Zulkifeli bin Mohd Zin, Panglima Angkatan Tentera telah turun padang melawat serta bertanya khabar warga ATM di semua pos-pos OPS SANGGAH. Lawatan beliau turut diiringi Panglima Angkatan Bersama, Pengarah Eksekutif MiDAS, Panglima I Div, Panglima ATB 2 dan pegawai-pegawai Kanan ATM dari ESSCOM.

Selain mendapatkan taklimat keadaan terkini, YBhg PAT juga telah mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan warga ATM yang bertugas. Kata-kata semangat turut disampaikan supaya petugas disana akan terus berwaspada serta menabur jasa bakti demi kedaulatan negara dan tanah air tercinta.

Selain melakukan lawatan di pos-pos, YBhg PAT juga turut meninjau kawasan operasi dari udara dengan menaiki pesawat Nuri. Walaupun keadaan tenang dan dibawah kawalan, namun YBhg PAT mengingatkan kepada semua supaya lebih berwaspada dan berjaga-jaga sebilang masa agar keselamatan dan kedaulatan tanah air dilindungi.

Ketibaan YBhg PAT di Kg. Labian, turut di sambut Ketua Kampung Labian serta masyarakat setempat yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran pasukan keselamatan ATM. Kehadiran pasukan keselamatan ATM di kawasan penduduk membolehkan masyarakat tempatan meneruskan aktiviti dan rutin harian tanpa rasa takut lagi.