logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

JOHOR BAHRU, 15 Feb 2024 – Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman telah mempengerusikan dan menyempurnakan perasmian penutup Retreat Angkatan Tentera Malaysia 2024, anjuran Bahagian Inspektorat Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia (IJ MK ATM). Retreat berkenaan telah diadakan di salah sebuah hotel di Johor Bahru. Objektif utama pelaksanaan Retreat ATM berkenaan adalah bagi melihat pencapaian MK ATM dan MK Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi tahun 2023 serta cabaran yang dihadapi. Selain itu, turut dibentangkan adalah hala tuju dan pelan tindakan MK ATM dan Markas Perkhidmatan bagi tahun 2024.

Retreat ATM dimulakan dengan pembentangan Key Performance Index (KPI) daripada Inspektorat Jeneral Markas Angkatan Tentera Malaysia, Inspektorat Jeneral Tentera Darat, Inspektorat Jeneral Tentera Laut Diraja Malaysia dan Bahagian Operasi Strategik Tentera Udara Diraja Malaysia dan Markas Angkatan Bersama. PAT di dalam ucapan beliau menyatakan bahawa, aspirasi pewujudan sebuah Angkatan Masa Hadapan (AMH) memerlukan barisan pemimpin-pemimpin strategik yang berwibawa dan mempunyai jati diri yang mapan serta berintegriti tinggi. Dokumen strategik negara mahupun Angkatan Tentera Malaysia perlu dijadikan sebagai Guiding Principle agar pembangunan angkatan ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Beliau menzahirkan rasa berpuas hati dengan pembentangan resolusi kupasan terhadap Empat Teras Perintah Ulungnya dan beliau percaya, semua tampuk pemerintahan telah berusaha sedaya upaya dalam merancang strategi dan mekanisme yang konstruktif serta proaktif bagi peningkatan keupayaan domain secara sistematik. Selain itu, semua Perkhidmatan dan kluster eksekutif yang terlibat, perlu terus menggembleng usaha dalam mendukung aspirasi pertahanan Negara sejajar dengan gerak tindak angkatan 30 secara berfasa. Beliau turut menekankan kerjasama serta sokongan dari setiap aras kepimpinan diperlukan agar proses pembangunan formula keupayaan ATM berasaskan model tindak balas angkatan 30 dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Akhir sekali, beliau berharap agar segala aspirasi dan resolusi yang telah dimuktamadkan dalam Retreat ATM Pada tahun Ini akan dipertingkatkan pencapaian dari aspek pengukuhan kepakaran meskipun dalam keadaan limitasi bajet pertahanan pada masa kini. Turut hadir dalam Retreat berkenaan adalah Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Bin Ayob. Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Mohd Ashgar Khan Bin Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Darat, mewakili Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Bin Tengku Ibrahim, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi Bin Haji Ahmad, serta semua Asisten Ketua Staf (AKS) Markas ATM dan pegawai-pegawai kanan daripada Markas Perkhidmatan TDM, TLDM dan TUDM.