logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 

KUALA LUMPUR, 3 Januari 2024 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad bin Ab Rahman telah menerima kunjungan hormat daripada Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia, Laksda Dato' Pahlawan Abd Halim bin Shaari di pejabat beliau, hari ini. Beliau yang akan bertukar keluar dan seterusnya mengambil alih jawatan Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia bermula 19 Jan 2024. Pertemuan tersebut diakhiri dengan menandatangani buku lawatan oleh Inspektor Jeneral Angkatan Tentera Malaysia dan menyerahan cenderahati kepada Panglima Angkatan Tentera. Seluruh warga ATM mengucapkan sekalung penghargaan di atas segala jasa bakti sepanjang berkhidmat di dalam Markas ATM. Selamat bertugas dan semoga Yang Berbahagia Tuan terus maju jaya di dalam menerajui pupuk pimpinan Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia.