logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

 
KUALA LUMPUR, 2 April 24 – Majlis serah terima tugas Sarjan Mejar Rejimen Markas Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM) telah diadakan di antara Pegawai Waran Satu (PW 1) Hayazi bin Abdul Aziz (Penyerah) dan PW 1 Shahamrie bin Abdullah (Penerima) bertempat di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan, hari ini.

Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera , Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Mohammad bin Ab Rahman. Turut hadir adalah Panglima Tentera Darat; Jeneral Tan Sri Dato' Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Udara; Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM, Timbalan Panglima Tentera Laut; Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy bin Ithnain (mewakili Panglima Tentera Laut), Ketua Staf Markas ATM; Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad , Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota (AKSPA) Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Haji Jaffar dan para Pegawai Kanan ATM.

PW 1 Hayazi bin Abdul Aziz yang telah memegang jawatan berkenaan pada tanggal 27 September 2019, bakal menamatkan perkhidmatan pada 19 September 2024. Ia menjadikan jumlah perkhidmatan beliau di dalam ATM adalah selama 31 tahun 5 bulan dan 9 hari. Beliau merupakan Sarjan Mejar Rejimen ATM yang pertama sejak dilantik pada 27 Oktober 2019 semasa Perbarisan Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-86 bertempat di Padang Kawad KD PELANDOK, Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Warga ATM mengucapkan selamat bersara serta berterima kasih di atas segala jasa, sumbangan, idea dan tenaga yang telah dicurahkan oleh PW 1 Hayazi bin Abdul Aziz di sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di dalam ATM. Selamat bertugas buat PW 1 Shah Amrie bin Abdullah yang kini menggalas tugas sebagai Sarjan Mejar Rejimen Markas Angkatan Tentera Malaysia (SMR ATM) yang baharu.