logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

BERITA TERKINI & SEMASA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2022 - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj Affendi bin Buang TUDM telah menyertai ujian kemahiran tembak anjuran Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) yang melibatkan 3 pasukan iaitu ATM, PDRM dan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) bertempat di Kompleks Lapang Sasar, Briged Tengah PGA Cheras, hari ini. Ketibaan beliau di lokasi acara telah disambut oleh Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj Abdullah Sani diiringi jemputan kenamaan yang lain.


Sejurus ketibaan, Panglima Angkatan Tentera dan peserta lain telah diberi taklimat keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Lapang Sasar sebelum ujian tembak dimulakan melibatkan sebanyak empat acara yang dipertandingkan iaitu Rapid Shooting, Center Fire Shooting, Bulls Eye Shooting dan Shoot Off VIP. Dalam siri ujian tembak pada kali ini menyaksikan Panglima Angkatan Tentera telah dinobatkan sebagai juara bagi acara 'Center Fire Shooting' & Juara bagi acara 'Shoot Off VIP' yang dilaksanakan secara berkumpulan terdiri daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Polis Negara & Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA).
Objektif penganjuran ujian kemahiran tembak ini adalah bagi mengeratkan hubungan dikalangan pimpinan tertinggi disamping menguji kemampuan serta kemahiran para peserta dalam mengendali senjata api.


Syabas diucapkan kepada Panglima Angkatan Tentera di atas pencapaian yang membanggakan!

Lihat Galeri Gambar