logoweb

Open menu
info.png
ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

PROFIL PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

 PERHATIAN:   Telegram ATM medium saluran perkongsian informasi berkaitan ATM untuk dikongsikan bersama masyarakat umum.


Aduan dan Pertanyaan  Soalan Lazim  Hubungi Kami 
Peta Laman    Carian    lang ms  lang eng      

pat

GENERAL TAN SRI DATO’ SRI HJ AFFENDI BIN BUANG PGAT PMN

PSM SPKK SSAP DPPN SPTS DGSM PNBS PSAT DIMP PAT SAP KAT AMP PTU PJM PKN PPS PPA DPKT (Brunei)  Darjah Utama Bakti Cemerlang (Singapura)rcds (UK) Dssc (Aus) MA (Deakin) psc jt RMAF

PANGLIMA ANGKATAN TENTERA

 

Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang ke-21.  Dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 21 Ogos 1962, dan mula memasuki perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1980 setelah menamatkan pengajian di Maktab Tentera Diraja Malaysia, Sungai Besi.

Selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Kedua dan dianugerahkan sayap penerbangan pada tahun 1982, kerjaya Jeneral Tan Sri Affendi sebagai Juruterbang Pesawat Pejuang bermula dengan pesawat MB339A, A4-PTM Skyhawk dan MiG-29 Fulcrum sehingga berjaya memperoleh lebih 2000 jam pengalaman penerbangan.   Sepanjang melaksanakan tempoh operasi sebagai Juruterbang Pesawat Tempur, Jeneral Tan Sri Affendi telah terlibat secara aktif dalam pelbagai operasi udara di dalam Malaysia termasuk menentang penjajahan komunis, meronda Zon Maritim dan ruang udara negara serta turut menjadi pengasas kepada pasukan aerobatic taktikal TUDM MiG-29 yang dikenali sebagai “Smokey Bandit”.

Sepanjang kariernya, Jeneral Tan Sri Affendi telah menjawat pelbagai jawatan sama ada di peringkat taktikal, operasi dan juga strategik.  Antara jawatan penting yang pernah dijawat adalah Panglima Angkatan Bersama, Panglima Operasi Udara TUDM, Timbalan Panglima Tentera Udara dan Panglima Tentera Udara ke-18 sebelum menjawat jawatan sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-21 pada 2 Januari 2020.

Sebagai seorang yang mempercayai dan menyokong bahawa pentingnya menimba ilmu sepanjang masa, Jeneral Tan Sri Affendi telah dipilih menghadiri pelbagai kursus ketenteraan dan akademik sama ada di dalam mahu pun di luar negara.  Hasil daripada pembelajaran yang telah dilalui, Jeneral Tan Sri Affendi memiliki Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Strategik) dari Deakin Universiti, Australia dan juga merupakan Ahli Royal College of Defence Studies (RCDS) di London, United Kingdom.

Jeneral Tan Sri Affendi telah dikurniakan pingat Panglima Tentera Udara (PTU) kerana telah mempamerkan keberaniannya dalam menentang insurgensi komunis di dalam negara.  Selain itu, sebagai mengiktiraf segala sumbangan jasa bakti beliau kepada negara, Jeneral Tan Sri Affendi telah dianugerahkan dengan beberapa pingat dan anugerah sama ada dari negeri mahupun oleh Kerajaan Persekutuan.  Antara penganugerahan tertinggi yang telah dicapai adalah Panglima Gagah Angkatan Tentera dan Panglima Mangku Negara yang telah dikurniakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dengan membawa gelaran Tan Sri.  Terkini, di atas jalinan kerjasama ketenteraan yang erat di antara ATM dan negara-negara jiran, Jeneral Tan Sri Affendi telah dikurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang (DPKT) daripada Sultan dan Yang Dipertua Negara Brunei Darussalam dan sebelum itu, Jeneral Tan Sri Affendi telah dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang (Tentera) daripada Kerajaan Republik Singapura.

Jeneral Tan Sri Affendi telah berkahwin dengan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Al-Marhum Sultan Hj Ahmad Shah.

English Version